Lebuhraya Pan Borneo (Endaya TRC PK JV Sdn Bhd) TRC Synergy Berhad

TRC, melalui anak syarikatanya, Trans Resources Corporation Sdn Bhd, telah menjalinkan usaha sama dengan 2 syarikat pembinaan Sarawak, Endaya Construction Sdn Bhd dan Pembinaan Kuantiti Sdn Bhd melalui Endaya TRC PK JV Sdn Bhd, sekaligus menjadi kontraktor tunggal yang menggabungkan ketiga-tiga syarikat pembinaan tersebut di bawah satu. Peranan syarikat tersebut adalah sebagai kontraktor utama bagi projek ke-4 (WPC04 Batang Skrang ke Sg. Awik). Ia merupakan pakej keempat daripada 11 pakej yang diperkenalkan sejak pakej pertama dilancarkan pada tahun 2015. Antara kandungan pakej itu termasuk menaiktaraf lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, pembinaan jambatan-jambatan dan sebuah jejambat, Betong Interchange di Betong. Jarak antara Batang Skrang dan Sg. Awik ialah 67.94 km (42.22 bt).[7]